Skip to content

mencari Mu

“”

APA YANG DINAMAKAN URUSAN? URUSAN ADALAH ABAPILA KITA BENTANG DI HADAPAN ALLAH DI AKHIRAT KELAK, KITA YAKIN AKAN DAPAT MENJAWABNYA DENGAN ALLAH. ITULAH YANG DINAMAKAN URUSAN. 

-Dialog Ustazah Fatimah Syarha-



Belajar untuk bertatih dari Bawah,
Untuk mengenal sesuatu Ilmu,
Memulakan Langkah Pertama,
 sememangnya sukar dan mencabar,
Moga Allah bantu,
agar kelak aku berjaya,
untuk berlari,
dan akhirnya Menawannya.

Bertatih, Berjalan dan kelak mungkin akan Berlari...moga Allah izin.



assalamualaikum.

Hari ni kita belajar Resepi On The Dot...
sebenarnya, Umi ana keluarkan kentang rebus yang dah dipotong semalam yang tak habis dari peti (sedikit saja tinggal). Tapi, nampak macam sayang. Baik ana reused balik kentang tu buat resepi baru ala-ala Western Food.

Ini cara-caranya:

1. Lenyekkan kentang rebus sehingga hancur. (A)
2. Rebus sedikit daging hancur, masukkan garam secukup rasa. (B)
3. Sediakan keju (serbuk), campur sedikit air panas untuk cairkannya.
4. Bila daging dah masak, gaulkan bahan (A) dan (B)  dalam satu mangkuk. Masukkan sedikit lada sulah dan origano. (C)
5. Letakkan bahan (C) yang dah digaul ke dalam loyang leper. Sekatakannya dan letakkan keju tadi pada bahagian atas bahan (C) sebagai topping.
6. Panaskan oven, masukkan loyang ke dalam oven. Suhu: 230'C  Masa: 30 minit
7. Kemudian siap. Selamat mencuba.


*nak guna Keju Petak tu pon bole, ni resepi spontan je.guna bahan yang dah ada di dapur.
*buat sekadar ala kadar, tapi bole tahan juga rasa dan sambutannya.alhamdulillah


Aku adalah pendosa,
Disisih manusia atas kesilapan lama,
Kononnya telah berada di neraka
Dan tiada harapan untuk berpatah semula

Tetapi aku tidak berputus asa,
Tetap mendaki gunung perubahan diri,
Walau tersungkur semula berkali-kali,
Memang manusia di sekeliling terus mengeji
Menghulurkan tangan jauh sekali
Namun itu semua tidak mencalarkan hati

Mengapa?
Kerana Dia yang menilaiku
Manusia mungkin berputus asa denganku
Tetapi Dia kekal memberikan peluang
Manusia mungkin hilang kepercayaan kepadaku
Tetapi Dia setia memberikan waktu
Manusia mungkin putus asa denganku
Tetapi Dia sedikitpun tidak memalingkan wajahNya Yang Maha Mulia itu

Sungguh jatuh lagi aku naik semula
Walau seluruh dunia telah meninggalkan aku keseorangan sahaja
Kerana yang menilai aku bukanlah mereka
Tetapi Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang atas segala-gala

~Hilal Asyraf~
2146
051011
Irbid,
Jordan.