February 25, 2011 Rukun Bai'ah oleh Hassan Al Banna
WAHAI IKHWAN YANG BENAR DALAM FIKRAHNYA.
Rukun Bai'ah adalah sepuluh rukun maka hendaklah kamu
memeliharanya
1) FAHAM
Maksudku dengan rukun faham adalah: Hendaklah kamu yakini bahawa
fikrah kita adalah fikrah Islam yang tulen dan hendaklah difahamkannya
kepada orang ramai seperti mana yang kita fahami dalam lingkungan dua
puluh usul yang amat ringkas.
Jika seorang akh itu mengetahui dinnya dengan usul-usul ini, ketika
itu dia telah mengetahui apakah makna yang dimaksudkan oleh slogan
abadinya iaitu `Al-Quran Perlembagaan Kami dan Rasul Ikutan Kami'.
2) IKHLAS
Maksudku dengan ikhlas: Bahawa seorang saudara muslim itu menujukan
segala perkataan, amalan dan jihadnya keseluruhannya kepada Allah,
mencari keredhaan dan kebaikan balasanNya, dengan tidak melihat
keuntungan, gaya, pangkat, gelaran, kemajuan ataupun kemunduran.
Dengan itu dia menjadi seorang tentera kepada fikrah dan akidah dan
bukannya tentera satu tujuan atau manfaat yang tertentu. Allah telah
berfirman yang bermaksud: "Katakanlah bahawa sembahyangku, ibadatku,
kehidupanku dan kematianku hanyalah kepada Allah tuhan sekelian alam
dan dengan itulah aku diperintah" (Surah al-An'aam). Dengan itu juga
seorang akh muslim itu dapat memahami
makna slogan abadinya iaitu: "Allah Matlamat Kami". Allahuakbar,
kepada Allah segala pujian.
3) AMAL
Maksudku dengan amal: Natijah dari ilmu dan ikhlas. Firman Allah yang
bermaksud: "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu, maka
Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa
yang kamu amalkan. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang
Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, maka Dia akan
memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan" (Surah
al-Taubah).
Di antara sifat kerajaan Islam adalah: Merasakan tanggung jawab yang
diletakkan kepadanya, kasihan belas kepada rakyat, berlaku adil di
kalangan manusia, cermat dalam perbelanjaan wang umum dan berekonomi
padanya. Bagi kita, Allah adalah harapan utama kepada kita seperti
mana yang dimaksudkan oleh firman Allah dalam surah Yusuf: "Dan Allah
Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui."
4) JIHAD
Maksudku dengan jihad adalah: Ia adalah satu fardhu yang berkuatkuasa
sehingga hari kiamat. Begitu juga maksud dari sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dan tidakberperang dan tidak
berniat hatinya untuk berperang maka dia mati dalam keadaan mati
jahiliyyah." Peringkat pertamanya adalah mengingkari dari hati,
peringkat tertingginya adalah berjihad dijalan Allah. Antara keduanya:
Jihad lidah, pena, tangan dan perkataan yang benar kepada pemerintah
yang zalim.
Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad. Setanding dengan
ketinggian dan keluasan ufuk dakwah ini, begitu jugalah besarnya
kelebihan jihad di jalan dakwah, mahalnya harga yang dipinta untuk
mendokongnya, besarnya balasan yang akan diberikan kepada orang-orang
yang beramal. "Berjihadlah di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad."
Dengan itu kamu akan memahami apakah yang dimaksudkan dengan slogan
abadi kamu: `Jihad Adalah Jalan Kami'.
5) TADHIYYAH
Maksudku dengan tadhiyyah (pengorbanan) adalah: Mengorbankan harta,
waktu, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat yang ingin
dicapai. Tidak ada jihad di dunia ini yang tidak disertai dengan
pengorbanan. Jangan sekali-kali unsur pengorbanan ini digugur dalam
jalan fikrah ini kerana sesungguhnya di sana ada balasan dan pahala
yang besar dan indah untuknya. Sesiapa yang berhenti dari memberikan
pengorbanan maka dia adalah berdosa. "Sesungguhnya Allah telah membeli
nyawa dan harta dari mukminin." "Katakan bahawa jika sekiranya
ayah-ayah kamu dan anak-anak kamu..." "Demikian itu kerana mereka
tidak ditimpa dahaga dan kekurangan..." "Jika kamu taat maka Allah
akan memberikan kepadamubalasan yang baik" Dengan demikian kamu akan
memahami makna slogan abadimu: `Mati Syahid Di Jalan Allah adalah
Setinggi Cita-cita'.
6) TAAT
Apa yang aku maksudkan dengan taat adalah: Mematuhi perintah dan
melaksanakannya dengan segera sama ada dalam keadaan kesusahan ataupun
kesenangan, perkara yang disukai ataupun dibenci. Ini adalah kerana
peringkat dakwah ini ada tiga peringkat:
1. Peringkat Taarif iaitu pengenalan. Ini merupakan peringkat
menyebarkan fikrah secara umum di kalangan manusia. Sistem dakwah
dalam peringkat ini adalah seperti sistem sebuah organisasi.
2. Peringkat Takwin (pembentukan). Ini dilakukan dengan memilih
unsur-unsur yang layak untuk menanggung bebanan jihad dan juga
menyatukan antara mereka. Sistem dakwah pada peringkat ini adalah
secara sufi di sudut rohani, sistem ketenteraan di sudut praktikalnya.
Slogan pada dua perkara ini (amal dan taat) adalah dengan tidak
berbelah bahagi, tidak menarik balik, tidak ragu dan tidak merasa
tertekan. Katibah-katibah Ikhwan pada peringkat ini
akan dibentuk dan akan diaturkan oleh perutusan dasar yang lalu dan
juga perutusan ini.
3. Peringkat Tanfiz (Pelaksanaan). Dakwah pada peringkat ini adalah
peringkat jihad yang tidak ada tolak ansur di dalamnya, amalan yang
berterusan dan usaha untuk sampai kepada matlamatnya, cabaran dan bala
yang hanya akan dapat disabari oleh orang yang benar. Tidak ada yang
mengimbangi peringkat ini kecuali dengan taat yang sempurna juga. Atas
perkara inilah generasi Ikhwan yang pertama telah berbai'ah pada hari
5 Rabiul Awal 1359 hijrah.
7) THABAT
Maksudku dengan thabat (keteguhan) adalah: Seorang akh itu sentiasa
beramal dan berjihad dalam mencapai matlamatnya walaupun selama mana
masa yang akan dilalui sehinggalah dia berjumpa dengan Allah sedang
dia sudah mendapat satu antara dua perkara yang elok untuknya iaitu
dapat mencapai matlamatnya ataupun mati syahid pada akhirnya. Firman
Allah yang bermaksud: "Di antara orang-orang yang beriman, ada
orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka
di antara mereka ada yang gugur (syahid), dan di antara mereka ada
yang menunggu giliran dan mereka tidak mengubah janjinya) sedikitpun"
(Al-Ahzab).
Firman Allah yang bermaksud: "Mereka berkata kepadanya: Bilakah
kemenangan itu, katakanlah kepada mereka semoga kemenangan itu adalah
perkara yang hampir berlaku" (Al-Israk).
8) TAJARRUD
Maksudku dengan tajarrud ini adalah: Kamu mengikhlaskan diri kamu
untuk fikrah kamu sahaja dan tidak kepada lain-lain dasar dan
peribadi. Ini adalah kerana fikrah yang kamu bawa adalah fikrah yang
paling mulia, paling global dan tinggi. "Celupan Allah (celupan
keimanan yang sebenar kepada Allah yang telah sebati dalam jiwa
orang-orang mukmin). Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada
Allah?" (Al-Baqarah).
"Sesungguhnya telah ada bagi kamu contoh teladan yang baik pada Nabi
Ibrahim dan mereka yang bersamanya, ketika mereka berkata kepada kaum
mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang
kamu sembah selain Allah, kami mengingkari kamu dan telah jelas antara
kami dengan kamu permusuhan dan kebencian selama-lamanya sehingga kamu
beriman kepada Allah sahaja..." (al-Mumtahanah).
9) UKHUWWAH
Maksudku dengan ukhuwwah (persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh
terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling
kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan
perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama
kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih
sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang
paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari
dirinya sendiri). Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang
menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang
berjaya"(Al-Hasyr).
10) THIQAH
Maksudku dengan thiqah adalah: Seorang jundi itu yakin dan tenang
dengan kebolehan, keikhlasan pemimpinnya dengan keyakinan yang
mendalam yang akan melahirkan perasaan kasih, menghargai dan taat.
Firman Allah yang bermaksud: "Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)
mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim
dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian
mereka pula tidak merasa di hati mereka keberatan dari apa yang kamu
hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya"
(An-Nisa').
Pimpinan adalah sebahagian dari dakwah dan tidak ada dakwah tanpa
pimpinan. Keyakinan yang silih berganti antara pimpinan dengan
tenteranya akan mencernakan kekuatan sistem jemaah, mengukuhkan
strateginya, kejayaannya dalam mencapai matlamatnya dan juga
kejayaannya mengatasi segala cabaran dan kesusahan yang merintang
perjalanan jemaah. "Ketaatan dan perkataan yang baik adalah lebih
utama kepada mereka..." Thiqah kepada pimpinan adalah segalanya dalam
usaha menjayakan dakwah ini. Firman Allah yang bermaksud: "Kalaulah
kamu belanjakan segala yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat juga
menyatu-padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah
menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana" (Al-Anfaal).
0 comments: