Skip to content

mencari Mu

  • Jemaah bukan untuk orang yang malas. 

  • Jemaah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

  • Jemaah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

  • Jemaah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join. Yang penat, bersusah payah, elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

  • Bukan bagi yang meletakkan Jemaah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami, yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

  • Yang cepat mengalah, yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara `penting' yang lain. Yang hanya pandai bercakap dan menulis, tapi amal kosong.

  • Jemaah bukan untuk orang yang ikut liqa'dan usrah hanya kerana nak disebut sebagai orang yang ditarbiyah

  • Jemaah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. 

  • Jemaah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

  • Jemaah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh. 

  • Jemaah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

  • Jemaah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information. 

  • Jemaah bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

  • Jemaah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

  • Ingat…Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, Jemaah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma, tanpa tarbiyyah,tanpa Jemaah, belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti…INGAT TU.

  • Tak mengapa...Teruskan hidup anda seperti biasa. Jemaah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.


USAH MANJAKAN DIRI MU,
WAHAI PEJUANG AGAMA ALLAH!

  • Unlabelled

0 comments:

Leave A Reply