Skip to content

mencari Mu







Untuk melakukan sesuatu Perintah Allah, kita tidak perlu untuk menjadi sempurna terlebih dahulu. Sebaliknya kesempurnaan itu akan wujud seiringan apabila kita melaksankannya. Jangan lagi banyak mempersoalkan SuruhanNya, ayuhh. Mulakan langkap pertama dan langkah yang seterusnya dalam kehidupan, untuk menjadi hamba yang sentiasa ingin berubah ke arah kebaikan bagi memperoleh RedhaNya di Dunnia mahupun di Akhirat kelak. Diri, Keluarga, Sahabat, Akademik, Da'wah, Amanah dan segala-galanya.


Dan tidak aku nafikan, terkadang penat itu menyerang diriku. Untuk melaksanakan segala amanah dariNya. Terkadang diri rasa terkorban. Namun, ku pujuk jua hati ini kerana Allah tahu yang terbaik untuk diriku dan Dia tidak akan menguji HambaNya sesuai dengan kemampuan Hamba-HambaNya. Pernah juga ku renung dalam-dalam, di setiap peningkatan fasa umur ku. Ujian kian berbeza-beza dan bertambah. Untuk detik ini, aku bukan seperti sebelumnya. Mungkin di Mata Manusia aku hilang sesuatu, tetapi dalam masa yang sama Allah hadiahkan sesuatu.


Indah betul AturanNya.ku pujuk Hati ini lagi agar sentiasa berbaik sangka denganNya. aku adalah aku, setiap HambaNya berbeza dan yang pasti aku Mencintai Allah walau terkadang diri ini sememangnya tidak layak untuk mengungkapkannya. terima kasih, Ya Allah. walau sakit, aku bahagia jika  Engkau mengambil berat akan Hamba Mu ini...

Sumber Figura: Tumblr

  • Unlabelled

0 comments:

Leave A Reply