Skip to content

mencari Mu




pesanan pada Diri: tinggal  3 Hari lagi cuti! dush,jatuh dari Meniti Awan, terSedar.

assalamualaikum. ooh, sejak beberapa Hari Ini.

umpama Titik Fokus hilang (atau sudah lama ia menghilang?)
tidak bisa ia dibiarkan.
jangan membiasakan perkara yang bukan biasa!
uuh...tidak suka dan tidak suka.


harus kembali kepada Fitrah.
mencari Sejadah Cinta yang mungkin ada koyaknya.
Allah...


"Ampunkan ku", Sang A'bid yang banyak dosanya






TIADA ISTILAH MALAS DALAM KAMUS HIDUP







-23Ramadhan-

UMI~ WALID~
loveUlillahita'ala

rindu dua Permata Hati
di mana lahirnya aku kerana Mereka,
Moga Allah Menyayangi Mu sepertimana,
dirimu menyayangi anakmu ini..




"insyaAllah, Khamis balik rumah...for Raya Break"


THINK  = ACTION   X

THINK  = ACTION  X

THINK  = ACTION   /

"have to be Istiqamah in doing something, even a little"
pelajaran untuk malam ini. Berjaya atau tidak sesuatu perancangan adalah terletak pada "PELAKSANAAN". -FUmar-


 aku memilih pada Jalan yang Syaro', 
yang telah Allah tetapkan untuk agama.




Hati sedih dan pilu sebenarnya.risau juga ada, takut dengan Fitnah Dunia, Fitnah Hati dan segala-galanya.sehinggakan suatu Saat terfikir kan Lafaz itu untuk menjaga Hatiku, semuanya ku serahkan PadaMu untuk menentukannya siapa si Dia untuk Diriku...masih banyak dan jauh Perjalanan hidupku.Tidak ingin aku meletakkan halangan dalam Diri untuk melangkah kaki ke seterusnya dalam Perjuangan.moga Allah jaga Hatiku hanya untuk CintaNya dan buat yang Halal untuk Diri Ini....sehinggakan Saat itu benar-benar hadir.






" CINTA  A'BID "






moga Cinta Allah mendahului segala-galanya terlebih dahulu...



AKU ingin Terbang,
Menggapai Langit Mu,
Mengejar Cita-cita,
Yang masih belum pasti,
Sama ada dijanjikan untuk Diriku,
Moga Engkau izinkan,
Cantikkan Laluan Hidupku,
untuk menggapai RedhaMu,
di Bumi sementara,
untuk Kekal nun di Syurga sana.


(Bisikanasrar)






Do Visit my Tumblr: Qalbu ku
" Kutip apa yang Manfaat, 
Buang jauh-jauh mana yang tak berguna, Syukran! "

Salam 12-Ramadhan, moga Istiqamah dalam beribadat kepada Mu. 
Shuhhh! pergi engkau "Sifat Malas"



Kita tak perlu menjadi Hebat untuk Manusia, tetapi Jadilah Hebat untuk Allah.

dan dalam masa yang sama Kehebatan itu akan wujud di Hadapan Manusia,

dan pada suatu keadaan tertentu, Kehebatan itu perlu..

untuk menunjukkan bahawa ISLAM yang dibawa itu benar-benar Hebat.


(: monolog Malam Hari, alhamdulillah untuk Hari Ini.

BELAJAR! tuntut lah ILMU dan menuntutnya 
adalah kewajipan bagi setiap Muslim dan Muslimah!

life is learning  and also Tarbiyyah, from Allah :)






------








~ SALAM UKHWAH SEKENCANG DA'WAH ~


"Pendorong utama untuk meningkatkan semangat bagi seorang Muslimah adalah bergaul dengan sesama Muslimah yang rajin beribadah, belajar dan beramal serta memperhatikan ucapan mereka untuk dijadikan tauladan"


Dipetik dari buku:
Membina Motivasi Muslimah, 'Isom bin Muhammad Asy-Syarif, 
Solo, al-Qawam, 2005, hlm 60.







SEINDAH  Bidadari Syurga,
buatkan mereka mencemburui 
Diri mu, wahai Hawa'

Alhamdulillah..mata segar kembali selepas tidur sebentar memberi ruang untuk badan Berehat setelah penat melalui rutin-rutin harian seperti sediakala.alhamdulillah...perkataan IKHTILAT? sebenarnya menjadi kerisauan pada hati aku sejak akhir-akhir ini. Risau hati ini lalai, dalam tidak sedar. Risau diri ini tidak lagi menjaga hati dan ikhtilat seperti kemahuan Syaro'. Risau diri menjadi asbab kepada kelalaian hati, nauzubillah. 

Risau...Risau...pergaulan dalam gerak kerja sesama muslimin yang bukan satu fikrah dan tidak kurang juga pada jalan yang satu fikrah, ITU lebih perlu ditekankan sebenarnya. Aku tidak mahu Jalan Syaitan terbuka untuk "Mereka-Mereka" pada jalan Islam yang kami bawa. Takut, Allah Murka! Gerak kerja Islam seharusnya Bersih dari segala virus-virus yang boleh melambat dan mengotori apa yang ingin dibawa, Islam. Moga tazkirah di bawah dapat dijadikan Ingatan buat Diri terutamanya, moga Diri Dijauhi Fitnah Dunia dan Akhirat, biiznillah dan moga Allah memberikan Hati yang Menghayati dan Anggota yang Beramal.


------------


Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, Facebook, Skype, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.




Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.


Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.
Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi 
bersama. Insya Allah ada manfaatnya.





"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini? Ya Rabb, tolong ampuni aku, untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab.Ya Rabb, Engkau mengawasi kami tiap detik, kerana kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.


--------


"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".


sumber Tulisan: ILuvIslam





JANGAN KALAH KEPADA MASALAH!




"Dan sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu. Sehingga kami tahu orang yang benar-benar berjihad dan bersabar antara kamu. Dan akan Kami uji perihal kamu"
(Muhammad: 31)







Untuk melakukan sesuatu Perintah Allah, kita tidak perlu untuk menjadi sempurna terlebih dahulu. Sebaliknya kesempurnaan itu akan wujud seiringan apabila kita melaksankannya. Jangan lagi banyak mempersoalkan SuruhanNya, ayuhh. Mulakan langkap pertama dan langkah yang seterusnya dalam kehidupan, untuk menjadi hamba yang sentiasa ingin berubah ke arah kebaikan bagi memperoleh RedhaNya di Dunnia mahupun di Akhirat kelak. Diri, Keluarga, Sahabat, Akademik, Da'wah, Amanah dan segala-galanya.


Dan tidak aku nafikan, terkadang penat itu menyerang diriku. Untuk melaksanakan segala amanah dariNya. Terkadang diri rasa terkorban. Namun, ku pujuk jua hati ini kerana Allah tahu yang terbaik untuk diriku dan Dia tidak akan menguji HambaNya sesuai dengan kemampuan Hamba-HambaNya. Pernah juga ku renung dalam-dalam, di setiap peningkatan fasa umur ku. Ujian kian berbeza-beza dan bertambah. Untuk detik ini, aku bukan seperti sebelumnya. Mungkin di Mata Manusia aku hilang sesuatu, tetapi dalam masa yang sama Allah hadiahkan sesuatu.


Indah betul AturanNya.ku pujuk Hati ini lagi agar sentiasa berbaik sangka denganNya. aku adalah aku, setiap HambaNya berbeza dan yang pasti aku Mencintai Allah walau terkadang diri ini sememangnya tidak layak untuk mengungkapkannya. terima kasih, Ya Allah. walau sakit, aku bahagia jika  Engkau mengambil berat akan Hamba Mu ini...

Sumber Figura: Tumblr