Skip to content

mencari Mu

“”


Antara topik yang sering dikongsikan adalah - membuat pilihan tentang jodoh.
Pilihan itu terasa lebih sukar kerana kedua-dua calon itu kelihatan baik dan punya kelebihan masing-masing.
Juga diketahui ada kelemahan masing-masing, yang membuatkan kita amat berhati-hati bercampur bimbang membuat pilihan.
Teman-teman dan adik-adik yang dikasihi, ambillah masa yang sewajarnya untuk taaruf dan bangunkan komunikasi samada secara direct atau melalui orang tengah.
Adalah penting usaha kita sebagai seorang insan untuk merisik, menyiasat, menyoal selidik dan segala bentuk pencarian maklumat dan latar belakang insan yang kita cenderung menerimanya sebagai teman hidup.
Bukan mencari kesempurnaan, bukan menyelongkar keaiban insan lain - namun penyiasatan dan pemerhatian kita kepada bakal pendamping adalah persediaan penting.
Menjadi pembuka mata untuk kita membina rumahtangga dengan lapang dada dan bersedia dengan kemungkinan yang tiba.
Sebaiknya penyelidikan kita itu, kita musyawarahkan dengan ibu ayah atau orang-orang yang amanah dan berilmu. Kita bukan meminta orang lain membuat keputusan, namun pandangan mereka akan menjadi extra mata dan telinga untuk kita memilih teman hidup dengan teliti.
Jika kelak kita telah membuat keputusan memilih samaada si A atau si B, ada perkara-perkara penting pula untuk DIRI KITA sendiri fokus dan lakukan.
Usah bermain-main dengan keraguan perasaan...
Akankah lelaki ini kelak membahagiakan diriku?
Adakah lelaki ini akan menjadi pemimpin yang baik untukku?
Akan tulus ikhlaskah cinta kasihnya padaku?
Adakah lelaki ini kelak akan menghormati dan menghargaiku sebagai seorang isteri?
Bagaimana kelak dia akan melayaniku sebagai isteri, akan santun dan baikkah pekertinya?
Adakah kelak lelaki ini akan boleh menyesuaikan diri dan berbuat baik dengan ahli keluargaku?
Adakah hati ini akan bahagia menjadi isteri kedua, terlibat dengan poligami?
Sesungguhnya persoalan-persoalan ini adalah penting bukan untuk si dia bakal suami, tapi manfaatkanlah persoalan ini untuk perbaikan diri kita dalam menjadi seorang isteri.


Jika jawapannya tidak seperti yang kita jangkakan dan harapkan, bila-bila masa sahaja alam pernikahan akan mengundang kecewa dan gundah berpanjangan.
Sebaliknya, marilah bertanya pada diri...
Wahai diri, adakah keperibadian seperti diri ku ini kelak akan membahagiakan hati seorang suami?
Adakah karakter diriku ini membuatkan suamiku tenang dan senang dengan diriku sebagai orang/ isteri yang dipimpin?
Mampuku diriku tulus mencintai suami kerana Allah, bersabar dan berhikmah dengan seribu satu kelemahannya?
Mampukah kelak diriku menghormati keputusan dan tindakan suamiku sebagai pemimpin, walau ia berbeza dengan kehendak dan rasa hatiku?
Mampukah diriku menjadi isteri yang merasa cukup (qanaah) dan menghargai pemberian dan kebaikan suami setulusnya?
Kelak adakah diriku mampu untuk memilih akhlak seorang isteri yang penuh ketaqwaan sewaktu hati dicuit ketidakpuasan dan kemarahan jua kesedihan?
Harus bagaimana nanti untukku menyesuaikan diri jika ibu bapa mertua dan ipar duai tidak serasi cara hidup dan pemikiran mereka denganku?
Seandainya diriku menjadi isteri kedua atau ketiga, apakah sumbangan dan perananku untuk menambah kebahagiaan suami dan keluarganya yang sedia ada?
Nah..ayuh kita bersama menjawab persoalan ini, dan mengubah diri menjadi lebih baik.
Ya, kita takut tersalah pilih dalam membuat keputusan untuk pernikahan,namun percayalah Allah bersama-sama dengan orang yang melakukan kebaikan, yang sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.
Sikap, karakter diri, dan penghayatan Islam pada diri kita sendiri insya-Allah kelak akan bawa pengaruh yang besar pada suami dan rumahtangga.
Saat ini, berusahalah memilih calon suami yang beriman, usah keterlaluan memikirkan masa depan yang kita tak ada kawalan.
Isteri yang baik, tidak semestinya memiliki suami yang baik, kerana pernikahan adalah ruang ujian, teman hidup kita boleh saja menjadi ujian getir dalam hidup yang sebentar ini.
Suami akan berubah - cepat atau lambat, namun moga sifat dan sikap kita yang penuh nilai-nilai kebaikan mampu menjemput suami dan anak anak berubah kepada jalan yang dicintai tuhan.


sumber Tulisan: Nurul Adni Adnan, SISI KEHIDUPAN


Allah Maha Melihat. Melihat seluruhnya. Apabila mata Allah melihat, pasti tidak akan ada satu pun yang terlepas dari pandangan Allah walau sekelumit zarah sekalipun yang zahir mahupun yang tersembunyi.
Subhanallah...


Tetapi ciptaan yang bernama "insan" itu seringkali melihat dengan pandangan hati.
Andai hati itu bersih, pasti yang tersembunyi akan kelihatan berseri.
Tetapi andai hati itu banyak tompok dosa yang berkelompok, maka hasilnya tunggu dan lihat.
Saya pernah mendengar satu tazkirah yang pengisiannya sangat bermakna.
"Di hati seorang insan yang penuh dengan kebergantungannya pada Allah S.W.T itu pasti keputusannya juga sepenuhnya bergantung pada keputusan Allah."
Pilihan Allah adalah pilihannya, tetapi bagaimana kita tahu pilihan itu adalah pilihan Allah terhadap kita? Pada saya jawapannya adalah istikharah. Istikharah memohon petunjuk Allah S.W.T.
Pandanglah dengan pandangan Allah. Pandangan kebaikan untuk setiap ketentuan.
Apabila kita memandang setiap ketentuan Allah, setiap ujian Allah dan setiap pemberian Allah ke atas diri kita dengan pandangan yang penuh hikmah, pasti yang akan kita temui bukan noktah.
Tetapi kelembutan dan kasih sayang yang tidak pernah renggang, sungguhpun yang DIA berikan itu adalah kesakitan yang kita rasakan tidak akan pernah hilang.
Masa yang berlalu berbekalkan kesabaran akan membuka mata yang bersengkang untuk meminta kebenaran hikmah luas terbentang dan ketika itu, adakah masih mahu menentang? Atau megeluh panjang di atas segala nasib yang dikatakan malang?
Jangan, Allah itu Maha penyayang. Apabila Allah memberikan pasti pemberian itu ada kebaikan yang kemudiannya akan membuat kita tenang. Andai kesabaran menjadi tunjang dan berbaik sangka pada Allah yang selalu kita ingatkan.
"Insan" itu kejadiannya banyak kelemahan ujian datang untuk mendidik hati untuk beriman lembut menerima setiap pengajaran berfikir tentang kekuasaan DIA yang menciptakan.
Manusia itu tidak terlepas dari ujian yang menjadikan rapuhnya Iman, tersungkur ke tanah bagai tiada kekuatan untnk bangkit bertahan. Menimbulkan banyak persoalan, kenapa dan mengapa Allah memberikan kesakitan.  
Namun apabila pertolongan Allah datang melalui teman, segala peringatan Allah disampaikan melalui peti suara insan, kembali kukuh, senyum menikmati hikmah kehidupan. Mengambil pelajaran dan pengajaran atas setiap pemberian.
Sesungguhnya ujian begini sangatlah ringan andai dibandingkan dengan mereka terdahulu yang berperang menegakkan kebenaran. Subhannallah.
Allah itu masih sayang dan sangat sayang kerana memberikan ujian. Ujian itu tandanya mata Allah, perhatian Allah masih pada kita, masih belum berpaling dari kita dan masih tidak jemu mahu mendidik kita agar sedar akan siapa diri kita, amal ibadah kita, dunia kita dan Akhirat kita kelak. Insya-Allah.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” (al-Ankabut, ayat 2-3)
sumber Tulisan:  Jee Fauzia

tukar angin Sekejap...


10 tahun


---



12 tahun




<3 <3 <3


*tertarik yang perlu ada Hadnya dan Berpada-Pada pada 'Mereka' 
( tak tertarik dengan mereka langsung lagi baik sebenarnya, kan? kan? )






Firman Allah S.W.T :


لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخير ( الأحزاب : 21 )

Maksudnya : Demi sesungguhnya untuk ikutan kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu satu ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan Mardhatillah dan balasan baik di Akhirat kelak.




ROLE MODEL  Kita, Siapa sebenarnya ?

Selaku umat Baginda, yang amat cinta dan sayang kepada Rasulullah S.A.W, kita seharusnya menjadikan Baginda sebagai role model dalam menjalani sepanjang kehidupan kita sehari-hari disamping memperbanyakkan pemberian ‘hadiah’ berupa selawat dan salam kepada Baginda bukanlah sedekah sebagaimana yang kita lakukan ke atas selain Baginda. Siapakah lagi yang akan menjadi penyelamat untuk kita dari terjerumus ke dalam neraka Allah S.W.T yang amat pedih melinkan Baginda? Bukankah Baginda sahaja yang mampu memberikan syafaatul uzma tidak kepada para Nabi dan Rasul yang lain? Allah S.W.T ada memuji Baginda yang memiliki ketinggian akhlak yang terpuji untuk menjadi ikutan (qudwah hasanah) kepada umatnya.


Hayatilah bersama firman Allah S.W.T :


وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين ( الأنبياء : 107 )
Maksudnya : Tidaklah aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam (manusia dan jin).


Sirah Nabi Muhammad S.A.W.
Sebelum kita meniti lebih jauh dalam mengupas dan menyorot kredibiliti tokoh juga selaku utusan dari Allah S.W.T yang menjadi titik tolak kepada kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dahulu, suka untuk penulis berkongsi bersama sidang pembaca sekalian kisah perjalanan hidup ataupun sejarah Nabi Muhammad S.A.W. Pemilihan Baginda dalam menyampaikan amanah dari Allah S.W.T cukup berat untuk digalas pada awal perlantikan menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun bertempat di Gua Hira’. Sebelum dari itu lagi, Baginda memang sudah terkenal dengan sifat amanahnya (al-amin) ketika perebutan untuk meletakkan hajar al-as’ad (hajar al-aswad) oleh 4 ketua bagi 4 kabilah terbesar di Makkah pada ketika itu. Namun dengan kebijaksanaan dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Baginda pada ketika itu, dengan meletakkan batu tersebut di atas sehelai kain lalu dipegang 4 penjuru kain itu oleh 4 orang ketua setiap kabilah itu.
Dengan kata lain, sorotan perjalanan hidup Baginda merupakan sorotan perjalanan yang sangat menarik dan mempunyai daya tarikan contoh kepada golongan kuffar dari terus menyakiti ketinggian budi pekerti yang ditunjukkan oleh Baginda. Semasa kelahiran Baginda sendiri kita lihat terdapat tanda-tanda kerasulan dengan terpadamya api kaum Majusi, runtuhnya Istana Qisra Parsi, dan Makkah pada ketika itu diterangi cahaya putih yang bersinar. Selepas pertabalan kerasulan Baginda secara sah, maka semakin hebatlah serangan musuh Islam mengundang kepada hijrah Baginda bersama kaum muslimin ke kota Madinah membuka kepada satu lembaran baru untuk membina sebuah negara Islam yang sistematik, aman dan damai menjadi contoh dan tarikan negara lain kepada Islam sehinggalah tersebarnya Islam ketika tampuk kegemilangan pemerintahan Baginda. Sinar cahaya Islam yang dibawa bukan sahaja dari timur ke barat, bahkan meliputi hampir keseluruhan dunia utara, selatan, timur mahupun barat.


Kesabaran Dakwah Baginda.
Itu adalah antara tanda kerasulan yang telah ditunjukkan oleh Allah sebelum Baginda ditabalkan secara rasminya menjadi utusan Allah untuk menyebarluaskan agama suci ini dengan lebih giat lagi dan secara terang-terangan setelah sekian lama beginda dan sahabat-sahabat pada ketika itu berdakwah kepada Islam secara rahsia. Setelah menerima taklifan kerasulan yang berat untuk dipikul dari Allah S.W.T melalui malaikat Jibril A.S, dalam keadaan menggigil ketakutan Baginda pulang ke rumah lalu meminta Saidatina Khadijah menyelimutkannya. Selaku isteri yang memahami tugas yang baru diterima oleh suaminya, Saidatina Khadijah memberikan kata-kata semangat dan mendokong segala usaha dakwah Baginda. Membuatkan Baginda bertambah yakin untuk melaksanakan amanah yang dipundak. Dalam masa yang sama Baginda turut disokong oleh bapa saudara yang Baginda sayangi kerana banyak mempertahankan Baginda dari kecaman dan ancaman pihak pembesar Quraisy.
Sehinggalah pada kemuncak penyebaran dakwah Islam itu, Baginda diuji dengan dugaan yang sangat pahit untuk ditelan, perit untuk diluah kerana Allah S.W.T amat menyayangi orang yang turut disayangi oleh Baginda. Kembalilah Saidatina Khadijah R.A isteri kesayangan Baginda dan bapa saudaranya, Abu Talib yang banyak memberi sokongan dan mempertahankan diri Baginda dikala menghadapi tekanan dan ancaman. Namun itu semua tidak menjadi batu penghalang Baginda untuk terus thabatmenyebarluas amanah risalah Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia dan jin sebagaimana dalam ayat di atas yang mana perutusan Baginda S.A.W ke muka bumi ini bukanlah kepada umat manusia sahaja, bahkan kepada umat jin juga kerana masyarakat jin adalah seperti manusia, ada yang cenderung ke arah kebaikan lantas menerima Islam dan ada juga yang sebaliknya. Begitu besar tanggungjawab yang dipikul oleh Baginda untuk memastikan amanah dari Allah S.W.T itu dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.


Tribulasi Perjuangan Baginda
Sesungguhnya perjalanan dakwah Baginda tidaklah semudah seperti yang kita bayangkan. Perjuangan dakwah Baginda pada ketika itu memerlukan semangat yang tidak mengenal erti futur dan putus asa. Pengorbanan di jalan Allah merupakan satu cita-cita yang amat diimpi-impikan oleh para sahabat dan muslimin. Begitu besar nikmat ‘terkorban ‘ pada ketika itu yang tidak dapat kita kecapi pada waktu ini kerana factor-faktor perkauman yang begitu menebal dalam diri-diri setiap orang Islam. Inilah yang perlu dimuhasabahkan oleh semua pemimpin negara-negara Islam untuk menguatkan kembali kesatuan dan kesepaduan umat Islam yang kelihatan gah di zaman pemerintahan Baginda dan para sahabat Radiallahu Anhum Ajmain. Itulah sunnah orang berjuang yang memerlukan kekuatan dari segi jasadiah dan rohaniah untuk mencapai mardhatillah melalui bantuan jua kemenangan yang dikurniakan Allah kerana keimanan dan keyakinan yang utuh kepada-Nya.
Menelusuri sejarah, perjalanan dakwah dan liku-liku perjuangan Baginda yang penuh dengan tribulasi yang tidak mampu untuk kita bayangkan sekadar teori semata-mata.Begitu sukar perjalanan dakwah Baginda dalam mengembangkan ajaran Islam hingga menguasai hampir ke seluruh dunia. Berkat dari sifat-sifat terpuji yang ditunjukkan oleh Baginda menjadi ikutan para sahabat dan kaum muslimin berjuang dan berdakwah memperkembangkan agama di sisi Allah S.W.T sebagaimana yang termaktub di dalam Kalamullah Azza Wa Jalla. Firmannya :
إن الدين عند الله الإسلام ( البقرة : 19 )
Maksudnya : Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah S.W.T itu adalah Islam.



Kaitan Dengan Perjuangan Hidup Agamawan Dan Umat Islam.
Setelah membicarakan secara penjang lebar mengenai perjuangan dan liku-liku perjalanan dakwah Baginda yang penuh dengan onak duri, oleh yang demikian, kita selaku mahasiswa/wi yang masih mendalami khazanah kekayaan ilmu Allah S.W.T yang tidak terhingga banyaknya dengan melakukan satu anjakan momentum untuk memperjuangkan agama Allah yang semakin hari semakin ditindas bukan sahaja dari musuh-musuh Islam malahan dari orang Islam sendiri yang kurang memahami tentang konsep dan ajaran Islam yang sebenarnya. Apa yang perlu bagi kita laksanakan adalah melakukan satu injeksi dengan meningkatkan keazaman untuk membela agama dan mengembalikan keizzahan Islam yang semakin dipandang enteng oleh segelintir golongan. Perlunya kita menanamkan dalam diri sifat cintakan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W lebih dari segala-galanya dengan melaksanakan apa yang telah ditinggalkan kepada kita selaku pewaris para Nabi dalam apa jua sudut ilmiah mahupun dakwah dan perjuangan berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Sebenarnya tidak cukup bagi mahasiswa/wi yang selesai dalam pengajian agama lebih-lebih lagi sekadar menceburkan diri dalam lapangan kerjaya melalui bidang perniagaan ataupun pendidikan semata-mata. Akan tetapi sudah sampai pada peringkat ‘tidak boleh tidak’ bagi lepasan agamawan ini mengambil cakna dalam bidang dakwah untuk menerangkan secara telus kepada masyarakat Islam secara khusus dan mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sebenarnya bukanlah Islam pada nama sahaja. Dalam masa yang sama keperluan bagi lepasan agamawan untuk memberikan penerangan dan penjelasan kepada masyarakat bukan Islam secara umum bagi menghilangkan prasangka buruk mereka terhadap Islam. Inilah perjuangan yang perlu bagi kita laksanakan bersama demi Islam yang kita cintai.


sumber Tulisan: http://muthaqqafazhari.blogspot.com




haa! yang ini
sangat boleh dijadikan CONTOH (:




Darwisya: 3 tahun


Darwish: 1 tahun

Jauh Lebih HEBAT kan? kan? kan?

www.darwishndarwisya.blogspot.com

*FORMULA: Umi/Ibu yang Solehah = Anak/Zuriat yang Soleh/ah , LOGIK kan. insyaAllah... 




pesanan pada Diri: tinggal  3 Hari lagi cuti! dush,jatuh dari Meniti Awan, terSedar.