Skip to content

mencari Mu

Bismillah...


mmm. Tak tahulah kenapa? tiba-tiba air mata mengalir begitu mudah selepas bersalam dengan Sahabat, untuk naik ke bilik sekejap tadi. Secara tiba-tiba saja, rasa sebak mungkin Allah hadirkan dalam Hati. Walau perjalanan Ukhwah, tak akan selalu Indah. Lagi kita bersahabat, lagi banyak sebenarnya Allah menguji untuk melihat sekuat mana Ikatan Ukhwah itu.


ana merasakan, ana bukanlah orang yang layak untuk berbicara tentang Ukhwah. Kerana masih banyak tanggungjawab Sahabat yang dirasakan tidak dilaksanakan. Walau apa pun, alhamdulillah untuk Hadiah Sahabat yang Allah beri pada Diri ini. (minta maaf sahabat, jika ana tidak cukup Solehah sebagai seorang Sahabat). 



-Ukhwah yang dibina atas satu Ikatan Aqidah, 
membawa Diri mengenal Cinta 
dan Kasih Sayang ke Syurga-








*sejak akhir-akhir ni, selalu update blog. Mungkin banyak luahan cerita yang hendak dilakar.


Tidak ada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran. Sebab kesabaran adalah nafas yang menentukan lama atau tidakan sesebuah keberanian bertahan dalam diri seseorang itu. Jika ada di antara kamu dua puluh orang penyabar, nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang. Dan jika ada di antara kamu seratus orang (penyabar), nescaya mereka akan mengalahkan seribu orang kafir.” (QS. 8: 65).
Ada banyak orang berani yang tidak mengakhiri hidup sebagai seorang yang pemberani. Kerana mereka gagal menahan beban yang mendatang. Kesabaran adalah daya tahan psikologi yang menentukan sejauh apa kita mampu membawa beban, dan sekuat apa kita mampu survive dalam menghadapi tekanan hidup. Mereka yang memiliki sifat ini pastilah berbakat menjadi pemimpin besar. “Dan Kami jadikan di antara mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bersabar dan mereka selalu yakin dengan ayat-ayat Kami.” (QS. 32 : 24).
Tetapi kesabaran itu pahit. Semua kita tahu begitulah rasanya kesabaran itu. Dan begitulah suatu masa Rasulullah saw mengatakan kepada seorang wanita yang sedang menangisi kematian anaknya: “Sesungguhnya kesabaran itu hanya pada ujian pertama.” (Bukhari dan Muslim).

Jadi, yang pahit dari kesabaran itu hanya permulaannya. Kesabaran pada ujian pertama menciptakan kekebalan pada ujian selanjutnya. “Mereka memanahku bertubi-tubi, sampai-sampai panah itu hanya menembus panah,” kata penyair Arab terhebat sepanjang sejarah, Al-Mutanabbi.

Mereka yang memiliki naluri keberanian, harus mengambil saham terbesar dari kesabaran. Mereka harus sabar dalam segala hal: dalam ketaatan, meninggalkan maksiat atau menghadapi cubaan. Dan dengan kesabaran tertinggi, sehingga akhirnya kesabaran itu sendiri yang gagal mengejar kesabarannya,” kata Ibnul Qayyim.





 Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?




sumber Tulisan: akuIslam.com


alhamdulillah, teruja apabila membuka blog Pengarang, Ustazah Fatimah Syarha. Dan mendapat tahu ada Novel keluaran baru dari ustazah. moga berpeluang menjadi salah seorang Pembacanya. :)

sebarkan, sebarkan CintaMu.

 Biar hati tegas dalam menolak CINTA insani,
yang masih belum halal buat diri, 
biar BADAN penat dan lesu ditohmah dengan kata KEJI,
Janganlah dikau MENANGIS wahai mata HATI
Menangislah andai CINTAMU ditolak ILAHI
Hidupkanlah Hatimu dengan REDHA ILAHI
Bangkitkanlah Jiwamu dengan mengharap Maghfirah ILAHI


Aku mengetahui kamu (wanita) memiliki ilmu dan kefasihan dalam berbicara tapi kenapa kamu diam dan merasa malu? Benar, rasa malu akan membuahkan kebaikan, tapi bukan di sini tempatnya.

Mukaddimah Syaikh Abdullah al-Jibrin dalam kitab Afkar li al-Da’iyyat. [Petikan dari buku bertajuk: Kiprah Dakwah Muslimah Melejitkan Semangat Muslimah dalam Berdakwah. Hlm: 131].


sumber tulisan: sakinahsaptu.tumblr.com

aku suka dengan perkataan Berseorangan. Mengapa? mungkin diriku juga dalam Kategori itu. Terkadang Manusia begitu takut untuk berseorangan. Mereka rasa mereka akan dipandang dan katakan tiada kawan @ teman. Aku merasakan Persepsi itu harus diubah sebenarnya untuk menjadikan seseorang itu boleh berdiri di atas kaki sendiri. Aku suka Sang Hamba yang mengaharapkan Allah sebagai tempat Pergantungan sepenuhnya, walau dia berseorangan, Allah sebagai penemannya. Berseorangan yang bertemankan Sang Pencipta, itu adalah lebih baik jika dibanding dengan manusia yang Hidupnya dipenuhi manusia dan kawan akrab. Tapi siapakah mereka? adakah mereka yang betol-betol membawa kita ke Syurga @ merekalah penyebab kita jatuh ke Neraka Jahannam? Jadi koreksi kembali, siapakah manusia di sekitarmu? jika mereka adalah yang soleh dan solehah, maka Dekati diri dengan mereka, kerana merekalah yang akan menjadi Cermin pada diri kita dan membawa kita Mengenal CintaNya. Jika tidak, jangan merasa serba salah lagi untuk menginggalkan mereka (tetapi, bagi Sang Da'ie, itu tugas mereka pula untuk membawa mereka mengenal Jalan Allah SWT). Jika Dirimu masih belum menemuinya, maka usahakan untuk mencarinya. 

Berseorangan? Mengapa aku sukakannya, bila aku berseorangan. Jujur ku katakan aku lebih banyak BerMuhasabah Diri denganNya. Jadi, bagiku Saat ku berseorangan adalah Saat Hatiku Aku BerMonolog dengan Tuhan Sekalian Alam. alhamdulillah, aku bahagia dengan perasaan itu kerana di saat itu aku juga banyak menyedarkan aku tentang Dosaku, Kebesaran, NikmatNya dan semua yang mengingatkanku TentangNya. "InsyaAllah dengan MengingatiNya, Hati akan menjadi Tenang". Di kampus, kebanyakan masa aku juga memang berseorangan. Ke kuliah bersendiri, ke Masjid bersendiri, ke librari bersendiri , Makan bersendiri...terkadang ada juga Sahabat, Teman sekuliah, sebilik, adik-adik junior, bertemu denganku ketika aku berjalan Bersendiri. "......... seorang je ke?" Jawapan yang selalu aku berikan "Ya, seorang je dan memang aku selalu berseorangan" dan aku tidak malu untuk menyatakannya kerana aku tahu Fizikalnya aku berseorangan, tapi dalam Hatiku Allah berada dan Menjaga diriku. Jadi, ingin sekali aku nasihatkan pada teman, jangan takut untuk bersendiri dan belajarlah untuk itu. Kerana ada suatu masa kita perlu Bersendiri dan ada masanya kita perlukan Teman dan Sahabat. Jangan terlalu mengajar diri sentiasa berdamping dengan manusia lain, takut diri terlalu bergantung pada Manusia, sedangkan kita boleh berdiri di atas kaki sendiri dan Pergantungan yang terbaik hanyalah satu iaitu Allah Azza Wa Jalla.





" SAAT AKU BERSENDIRI, 
adalah SAAT AKU DENGAN-NYA"





-----

ps: 30hb ada Paper Costing, masih belum habis menelaah. Doakan ana! Tukkk! Ketuk Hati dan Minda, sedarkan Diri. ada masa 9 Hari lagi untuk bermujahadah di Medan Imtihan. moga aku berusaha sehabis baik terlebih dahulu. dan menyerahkan Hasil Sempurna dengan bertawakal kepadaNya. amiin. 
Mudahkan Urusan Mencari Ilmuku Ya Allah 




-bisikanasrar-

alhamdulillah, masih diberi peluang olehNya untuk bernafas.

hanya mencuri-curi Masa untuk mencoret sedikit Monolog Hati,
insyaAllah, ana masih dalam Fatrah Peperiksaan dan 
sememangnya Fokus jangan sesekali lari, biiznillah. 
Moga Allah beri Kekuatan pada Diri. 



sejak akhir-akhir ini,
seringkali Suara Hati berpesan pada Hati,
agar jangan meletakkan Sesiapa di Hadapan Pandangan Hati,
takut, Diri melebihi apa yang Dia telah tetapkan,
YaAllah, Jaga Hati ku, Jaga Niat ku,
dari Bisikan-Bisikan Syaitan.
Jadi, aku Melihat. 
Betapa perlunya Mendidik Hati dengan Benteng,
agar tidak mudah Rapuh dan Pecah,
moga dalam Hati sentiasa terukir KalimatMu YaAllah.



Pesan pada Diri lagi: " Perjalanan Dirimu masih Jauh, jangan mudah tergopoh-gapah dalam Menyusun Langkah. Biar Perlahan, asalkan Langkahmu penuh Himmah dan selari dengan AturanNya "


Jadikan Hidup mu seluas Langit Biru. Bagai Awan yang bebas bergerak dan tidak terikat tapi masih dalam PenglihatanNya. Masih banyak Bintang yang belum dicapai. Jadi, jangan biarkannya Mendung dibasahi Hujan dan Guruh. Warnainya dengan Pelangi Ilahi yang telah Allah ciptakan untuk Hidupmu. Tetapi, ia di mana? Jawapannya, Ia tidak akan datang sendiri. Tetapi, kita yang harus berusaha untuk Mencarinya. Moga aku juga berjaya Menemuinya...insyaAllah


Kes A
"Memang biasanya aku ligat tetapi sekarang ini aku tengah down-lah. Kau teruskanlah apa yang kau rasa baik untuk persatuan kita."
Kes B
"Masa belajar di luar negara dulu memang saya aktif dan sentiasa bersemangat. Keadaan sekarang berbeza. Saya ada tanggungjawab yang terlalu banyak yang mesti ditunaikan. Kerjaya saya sangat sangat demanding dan amat mencabar. Tuan doakanlah untuk saya."
Kes C
"Dialah dulunya yang mendidik saya agar jadi orang baik dan berguna kepada masyarakat. Namun kini dia tidak seperti dulu, bahkan lebih teruk apabila dia pula yang menentang apa yang perjuangkannya sebelum ini."
Futur
Futur bererti lemah, malas, berhenti atau terputus setelah dahulunya dia rajin dan konsisten. Di dalam konteks berkebajikan atau amal dakwah, ia adalah sejenis fenomena penyakit yang menimpa seseorang aktivis dalam bentuk rasa malas, menunda, berlambat-lambat dan lebih menyedihkan ialah apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada berbuat sesuatu yang baik setelah dia pernah beriltizam dengannya.
Kenapa Futur Bahaya?
Walaupun futur adalah fenomena yang biasa berlaku di dalam diri seseorang tetapi ia mestilah diuruskan dengan baik agar sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan menyebabkan kesan-kesan yang buruk.
Di antaranya :
1 - Cuai kepada tanggungjawabnya
Futur menyebabkan seseorang menjadi lemah dan malas dalam menunaikan amanah dan tanggung-jawab yang dipikulnya. Ini menyebabkan tugasan tersebut tertangguh atau terbengkalai keseluruhannya.
2 - Gugur dari jalan kebaikan
Sekiranya futur dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan, maka dia akan menjadi satu tabiat. Lama kelamaan penyakit ini menjadi sebati dan seseorang itu menjadi semakin jauh dari amal kebaikan dan dia terus tenggelam di dalam dunianya.
Apabila dia gugur dari jalan kebaikan, maka hilanglah kebaikan yang banyak darinya. Bahkan lebih teruk lagi apabila dia pula yang menentang seruan kebaikan yang pernah diperjuangkannya.
3 - Mati di dalam keadaan yang futur
Apabila futur sudah menjadi kebiasaannya, maka dia menanggung risiko besar untuk mati di dalam keadaan sedemikian. Amat kita takuti sekali jika Allah S.W.T mengambil nyawa kita sedangkan kita dalam keadaan futur, sedangkan Allah S.W.T menghisab amal seseorang berdasarkan akhir hayatnya. Di atas sebab itulah Rasulullah S.A.W mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit lemah dan malas." 
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Kenapa Boleh Futur?
Di sana, terdapat banyak pintu yang boleh membuka jalan kepada futur :
1 - Terlebih dalam pergaulan
Rasulullah S.A.W menasihatkan supaya kita memilih kawan sebagaimana sabdaannya yang bemaksud;
"Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman."
(Hadis Riwayat Abu Daud)
2 - Berlebih-lebihan atau melampau di dalam beramal
Ramai aktivis muda begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga melupakan anjuran Islam dan kemampuan diri sendiri. Akhirnya apabila fenomena futur menjelma, maka dia menjadi lemah dan bosan.
Ada juga di kalangan manusia yang suka dan berlebihan menilai orang lain, namun kemudiannya dia sendiri futur dan menjadi lebih jelek dari orang yang dinilainya.
Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
"Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara berterusan walau pun sedikit."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3 - Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus
Satu contoh berlebihan di sini ialah di dalam melayari internet, chatting atau ber-FB. Apabila berlebihan dengannya, seseorang itu akan ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk 'terbang' di alam siber. Akibatnya masa untuk berbuat kebaikan menjadi kurang dan dia sering merasa konflik antara dua perkara ini.
4 - Suka bersendirian
Apabila seseorang suka bersendirian, maka dia telah hilang satu sistem pertahanannya daripada Syaitan. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya.
Pastinya Syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal kebaikan yang diperjuangkannya. Kita hanya akan mampu berkekalan di dalam kebaikan sekiranya terus bekerja dan hidup di dalam keadaan berjemaah dan bermasyarakat.
5 - Kurang mengingati mati
Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada perjuangan ke arah kebaikan ialah dorongan untuk mendapat pahala, rindu dengan Syurga, takutkan dosa dan siksa Neraka. Amat penting bagi kita untuk terus mendidik diri agar istiqamah di dalam ibadah seperti membaca al-Quran, solat Subuh berjamaah dan amalan-amalan lain yang akan mengingatkan kita kepada Akhirat dan bukan hanya bercakap mengenai hal ehwal semasa atau politik semata-mata.
6 - Enteng dengan perkara syubhat dan berbuat dosa
Ada orang yang suka mengambil mudah atau enteng memandang dosa-dosa kecil. Lama-kelamaan dia tercebur dan berterusan dengannya. Manusia pasti melakukan silap dan dosa tetapi apabila berterusan melakukannya maka ini akan menyebabkan hatinya gelap, dia menjadi futur dan kemudiannya berakhir dengan gugur.
7 - Hati yang berpenyakit
Ada di kalangan manusia berbuat kebaikan kerana inginkan nama dan populariti, ada yang berbuat demikian untuk mencuri hati gadis yang dicintainya dan pelbagai sebab yang lain. Kegagalan untuk memperbetulkan atau memperbarui niatnya akan menyebabkan dia sukar untuk bertahan lama daripada futur dan terus berundur.
8 - Permasalahan dalaman organisasi
Bermacam-macam faktor yang boleh menyebabkan konflik internal. Hanya mereka yang mampu berbesar hati dan berlapang dada serta dengan kebijaksanaan kepimpinan maka permasalahan-permasalahan ini akan dapat diatasi dengan baik.
9 - Terlalu asyik dengan kerjaya dan dunianya
Apabila seseorang telah menjadi terlalu asyik dengan kehidupannya, maka dia boleh tenggelam dengannya dan sukar untuk bangkit melainkan sekiranya dia ikhlas, intim hubungannya dengan Allah S.W.T dan bersegera bangkit setelah dilanda futur.
Mari kita renungi bersama maksud sabda Rasulullah S.A.W ini;
"Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal dengan amalan ahli Syurga menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni Neraka, ada seorang hamba beramal dengan amalan ahli Neraka menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni Syurga. Sesungguhnya amal-amal itu bergantung daripada akhirnya."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Akhir Kalam
Syakhsiah diadun berdikit-dikit
Tanpa gopoh dan tanpa kendur,
Andainya futur segera bangkit,
Usah dibiarkan bersembah gugur.
Salam perjuangan.


Hati adalah sasaran utama proses Tarbiyah



 Kata-kata yang masih tersemat kukuh di jiwa saya.
Tema proses tarbiyah adalah Imanubillah (beriman dengan Allah S.W.T) dan  Imanubil akhirah (beriman dengan hari Akhirat). Tema ini akan terus ditekankan, difokuskan dan diutamakan dalam membentuk keperibadian mukmin yang tunduk dan patuh kepada sistem aturan Allah S.W.T.
Fokuskan diri kita dengan tazkiyatun nafs (penyucian jiwa). Antara unsur-unsurnya ialah taubat, mengingati mati dan takut dengan azab api Neraka.
Tema-tema inilah yang kini menjadi fokus di dalam proses pembentukan keperibadian mukmin pada saat ini dan ia akan menjadi teras tarbiyah sehingga bertemu Allah S.W.T. Tidak boleh berlaku sebarang pengabaian terhadapnya walaupun seketika!
Kata-kata dari ulama Indonesia, dalam bahasa Indonesia ia disebut cambuk hati. Dalam bahasa kita, ia disebut "Merotan Hati". Mudah sebut, ia adalah pukulan, tubi-tubi kepada hati dengan sesuatu agar hati menjadi peka, sensitif, sedar dan kembali bermaya.
Merotan hati dengan amalan soleh inilah yang akan memberikan kita jalan untuk meniti Syurga Allah S.W.T. Jalan mencintai Allah, merindui Allah dan sentiasa memelihara hubungan jiwa, hati dan perasaan terhadap-Nya.
Ibnu Taimiyah R.A juga berkata perkara yang sama, " Sungguh, di dunia ini ada Syurga, siapa yang belum memasukinya, ia tidak akan memasuki Syurga Akhirat."
Mereka bertanya kepadanya, "Apakah itu?"
Ia menjawab, "Syurga ma'rifatullah (mengenal Allah), mahabatullah (mencintai-Nya), rindu kepada-Nya dan berlemah lembut kepada-Nya."
Hati kita sifatnya mudah berdolak balik. Bertukar rasa dan perasaannya. Hati kita perlu ada sistem yang menjadi peringatan yang tetap dan berkala. Jika tidak, hati itu akan menghitam, keras, kaku, tidak bermaya dan gersang.
Bayangkan, hati itu bermaksiat. Pada mulanya ia merasakan dirinya bersalah. Kemudian, terasa akan keseronokan maksiat. Kemudian, hilang rasa takut bermaksiat. Tanda kemuncak bermaksiat kepada Allah S.W.T ialah bermegah-megah dengan maksiat yang dilakukan.
Na'uzubillahiminzalik. Mohon lindung daripada Allah S.W.T.
Tema tarbiyah tidak dapat tidak harus berlingkaran dalam putaran ini : Tazkiyatun Nafs (penyucian jiwa), proses pembersihan diri melalui taubat dan memberikan ancaman-ancaman berkaitan azab neraka.
Hati perlu ditubi-tubi dengan amal soleh, amal kebaikan dan cahaya kebersihan ma'ruf. Simbahan cahaya kebaikan inilah menjadikan ia kembali bersih, jernih, putih dan segar. Jika tiada bentuk tubian sebegini, hati mudah terlalai, leka, lupa dan alpa.
Saya meninggalkan jejak di pondok teduhan ini dengan pesanan murabbi saya berkaitan hal ini, mudah- mudahan saya adalah individu yang sentiasa menyematnya di akal, menanamnya di jiwa dan membumikan dalam amalan.
Gagahkan dirimu untuk bangun awal di pagi yang hening sebelum Subuh untuk mendirikan solat sunat dua rakaat kerana ia adalah waktu yang terbaik untuk membersihkan dan menjernihkan hati. Ketika itu, ia merupakan latihan keikhlasan, kejujuran, perhambaan dan medan mencurahkan perasaan kepada Ilahi.
Lazimkan agenda harian di awal pagi dengan sarapan rohani sebelum sarapan pagi. Zikrullah dengan kalimah-kalimah menyentuh jiwa, membersihkan kotoran perasaan berdosa pada hati dan melembutkan hati yang telah keras dan lesu. Zikir al-Mathurat adalah zikir yang sesuai untuk diamalkan.
Pastikanlah setiap hari kita semua menatap, membaca dan mentadabur ayat-ayat suci al-Quran sekurang-kurangnya dua halaman. Inilah ubat penawar yang paling utama buat hati. Tiada pengecualian bagi Mukmin sejati.
Konsisten dan istiqamahkanlah melaksanakan ia secara berterusan setiap hari. Biarpun sedikit, tetapi keutamaan kita adalah istiqamah pada amal soleh yang berkualiti buat hati. Wahai diri, rasailah perbezaannya dan kenikmatannya.
Memburu kemanisan dan kelazatan Iman, ia perlu adalah kesungguhan, fokus, konsisten dan mujahadah yang tinggi.


sumber Tulisan: ILuvIslam