February 25, 2011 New NIKAH MUDA KETIKA BELAJAR
بسم الله الرحمن الرحيم
Menikah muda, sepertinya saat ini merupakan satu trend dalam kalangan generasi muda. Ada berkahwin atas dasar pemahaman agama; di mana dengan pertimbangan untuk lebih menjaga hati & menjauhi zina. Seterusnya bagi merasakan nikmatnya keluarga sakinah, mawaddah, warohmah. Namun ada juga kerana keterlanjuran.
Tujuan Perkahwinan
Bila sebut tentang perkahwinan, saya & suami selalu ingatkan diri kami dari awal lagi, atas dasar apa kita nak membina sebuah perkahwinan ini? Lebih-lebih lagi diusia yang boleh dikatakan masih muda. Kalaulah perkahwinan itu hendak dibina hanya sekadar cinta semata-mata atau atas dorongan kehendak muda, atau nak ikut kawan-kawan, iya belum cukup untuk menjamin bahawa kami mampu mengemudikan bahtera rumahtangga. Kerana cinta akan pudar bila datangnya ujian yang kuat dalam rumahtangga, tanpa asasnya iman.
Kalau nak nikah, biar betul-betul jelas, siapa pasangan kita & apa misi yang sama-sama kita nak bawa dalam rumahtangga. Adakah pasangan itu akan memberi faedah pada agama kita atau tidak. Kalau iya, tiada masalah untuk melansungkan pernikahan diusia muda. InsyaAllah.
Perkahwinan biarlah dibina atas dasar keimanan kepada Allah. Kita & dia, sama-sama hajat untuk bersatu dalam baitul muslim, semata-mata kerana hanya jalan ini yang mampu menghidupkan fikrah kita. Malah kita yakin, perkahwinan ini akan lebih menambah baik agama kita.
Ya, alhamdulillah. Hasilnya, inilah apa yang saya rasai dalam perkahwinan sekarang. Ternyata, dalam soal urusan aurat, muamalat & akhlak saya, suami yang menjadi monitor yang setia memberikan teguran, nasihat & pandangan.
Kita juga selalu mendengar kahwin awal untuk mengelakkan maksiat. For me, tak salah. Cuma kalau masanya belum tiba, means kemampuan tidak ada, lebih baik kita utamakan dulu perkara-perkara lain yang lebih penting. Sebagai contoh, janganlah membuka jalan-jalan menuju kemaksiatan. Tak perlu bercouple, tak perlu berdua-dua ke mana saja, tak perlu membina hubungan jika hubungan itu kita sendiri tak mampu jamin, sejauh mana ia mampu pergi.
Perhubungan antara lelaki & perempuan tanpa sebarang ikatan, ia adalah hubungan yang sia-sia. Kerana bila tiba masanya, Allah akan tentu hadirkan untuk kita insan yang dipilih olehNya. Hanya perlu sabar sahaja. Cinta selepas kahwin seribu kali jauh lebih indah. Lebih sempurna lagi, jika kesucian perasaan itu kita pelihara sebaiknya hanya untuk diserahkan kepada insan yang bergelar suami atau isteri. Cinta itu menjadi sungguh murni. Dialah yang pertama kita kenali, dialah yang pertama kita dekati, dialah yang pertama kita fahami ragam & riak wajahnya. Bak kata orang, yang pertama akan terus kekal indah sampai bila-bila. Itulah dia hadiah Allah untuk orang-orang yang sabar & yakin terhadap janji-janjiNya.
Persediaan
Kita kena bezakan antara dua perkara; ‘bersedia’ & ‘membuat persediaan’. Dalam Islam, everyone who can make love is considered bersedia. Ya, the benchmark is just Ba’ah. Some scholars may interpret it – apart of making love – as mampu memberi nafkah, mahar etc, but all of them agree that the basic meaning of Ba’ah is simply you can make love with your spouse.
Maka, if you think you can make love, you’re ready. That’s the minimum requirement. So, is there anyone out there dare to say that he/she is not ready yet? As we won’t enter exam hall with minimum preparation, we shouldn’t enter marriage life with minimum preparation too. Here comes the ‘membuat persediaan’ part.
Persediaan apa yang ingin dilakukan? Untuk perkara ini, saya akan beritahu secara ringkas sahaja, the rest you have to do it yourself. Sebab membuat persediaan is really need an implementation.
Pertama, persediaan agama. Ilmu agama sangat penting, terutama kerana suami perlu menjadi imam solat & imam keluarga. I don’t know why, sejauh mana teruk pun seseorang tu, selalu dia berharap untuk mendapat pasangan yang soleh atau solehah. Walaubagaimana pun, berbanding ilmu, saya prefer to say that persediaan agama should be more focus on akhlak. Akhlak mulia akan membantu banyak perkara untuk sama-sama membina taman syurga. What can I say is joining usrah is a great bonus for this part.
Kedua, persediaan rupa. Let’s be honest, kita semua nak yang sedap mata memandang. As it’s subjective, we don’t have to worry. Allah itu Maha Adil, yang perlu kita lakukan ialah mengambil berat tentang pakaian & kebersihan, wangian & kesihatan.
Ketiga, persediaan harta. Nak bagi anak orang makan pasir? Itu klise. Kita hidup dalam dunia realiti, perlu duit untuk hidup. Usahakan harta yang halal & baik. Sambil jangan lupa untuk bina sifat qanaah iaitu berasa cukup. Agar indah turut dinikmati ketika waktu susah.
Keempat, persediaan keturunan. Respect yourself. Jangan buat something yang boleh affect keturunan. Simply don’t smoke, it’s bad for your health, your wife, your baby, and your baby’s baby.
Cabaran & Ujian
Tidak dinafikan faktor ujian & cabaran nikah muda atau semasa belajar sangat mencabar. Tetapi sebagai seorang hamba Allah, perlu terima hakikat ini. Maka, kita perlu berusaha & berdoa. Insyallah tidak menjadi masalah.
Berkahwin ketika belajar
Perkahwinan ketika belajar, adakah ia dorongan atau cabaran? Bagi saya, ia merupakan satu dorongan manis. Kalau dulu, responsibility hanya sebagai seorang student, sekarang tidak lagi. Teringat kata suami, "Sayang, now you're not just a student. You're now a student, a wife & a mother. Kalau dulu tanggungjawab kita sedikit. Hanya amanah untuk menuntut ilmu. Tapi sekarang lebih banyak! Tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk menjadi bidadari kepada suaminya & seorang ibu untuk mendidik anaknya menjadi anak yang soleh/solehah. InsyaAllah.
Suami saya adalah insan yang sangat penyabar & setia mendokong saat jatuh bangun saya dalam pelajaran. Dalam keadaan dia juga manusia biasa yang ada waktu kuat & lemahnya, dia sabar membantu saya menongkah satu demi satu ujian & cabaran sebagai pelajar. Waktu assignment bertimbun, suami yang membantu saya utk handle rumah & A'isyah, puteri sulung kami. Dia biarkan saya dengan keselesaan saya berkurung dalam bilik belajar. Ada waktu lapangnya, dia akan buatkan air, hidangkan makanan. Tak pernah sekali suami merungut atas kesibukan saya. Dia selalunya memahami. Begitu banyaknya dia menghiburkan saya dikala saya stress pada pengajian.
Malah dialah juga tempat untuk saya mencurahkan segala ilmu perniagaan yg saya pelajari, kupasan isu semasa. Cerita-cerita yang sering tiada awal & hujungnya. Saya tahu bukan senang seorang yang berlatar belakangkan ilmu sains hendak coop dengan ilmu perniagaan. Tapi suami tetap sentiasa berusaha melontarkan idea-idea & pandangannya. Begitu berusaha demi tidak mematikan semangat saya. Dia juga sumber rujukan ilmu saya. Syukur, Allah berikan Muhammad bin Dinsuahimi dalam kehidupan saya.
Komitmen
Selain itu, dari segi komitmen. Kalau dulu orang ketiga selepas Allah & Rasul ialah ibubapa, sekarang ialah suami. Wajarlah, selepas berkahwin dosa ditanggung oleh suami. Ketaatan jatuh kepadanya. Jadi, perlu mendapatkan izinnya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. Supaya jika baginya apa yang dibuat & pemergian di tempat yang tidak wajar, suami akan menasihati terlebih dahulu.
Anak
Bila dah ada anak, lebih banyak pengorbanan yang perlu dibuat. Kadangkala saya tak dapat study di rumah kerana bila dirumah, saya perlu berikan perhatian pada anak. Jadi tunggu sehingga A'isyah tidur, barulah saya akan mula membelek buku-buku kuliah.
Ada sekali, waktu final exam. A'isyah meragam & menangis tak henti-henti. Muhammad pula ada kerja. Saya sgt risau pada subjek yang akan saya seat esok, sedangkan banyak lagi yang perlu revise semula. Waktu tu tawakkal sahaja pd Allah. Keesokkan harinya atas izin Allah, soalan exam masuk pada tajuk-tajuk yang saya baca. Subhanallah! Allah beri kita keberkatan jika kita buat semua ni kerana Allah. Allah tahu kita berada dalam dua medan jihad. Jihad membesarkan anak & jihad belajar. Allah tahu kemampuan kita.
Kelebihan Berkahwin
• Saat akad nikah, dapat pahala.
• Suami peluk isteri, dapat pahala.
• Suami mencium isteri, dapat pahala.
• Suami merenung isteri, dapat pahala.
• Suami bekerja untuk mencari rezeki halal untuk isteri, dapat pahala.
• Suami bernafsu tengok isteri, dapat pahala
• Suami pegang isteri, dapat pahala.
• Suami marah isteri (untuk menegur), dapat pahala.
• Suami imamkan isteri, berlipat kali ganda pahala.
• Suami ajar isteri fardhu ain, dapat pahala.
• Suami "bersama" isteri, dapat pahala.
• Main kenyit-kenyit mata, dapat pahala.
• Dapat meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti.
• Elak mendekati zina
• Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima
• Lebih khusyu' beribadah
Selain itu, apabila kita sudah nikah, insyallahAllah akan tambah kekuatan untuk kita teruskan perjuangan. Perjuangan kita lebih terasa manis sebab Allah hantar teman hidup yang memahami jiwa kita untuk menyokong perjuangan kita.
Kesimpulan
Berkahwin pada usia muda & ketika belajar tidak sedikit pun menjadi penghalang untuk kita berjaya. Terpulang bagaimana kita mengendalikannya. Jika kita memberatkan rumahtangga semata-mata, maka pelajaran akan terabai. Jika kita memberatkan pelajaran saja, maka rumahtangga pula akan terpinggir. Oleh itu, kena menyeimbangkan keduanya. Dua-dua ini sangat penting untuk manfaat deen kita. Perkahwinan akan menguatkan kita terhadap jalan yang penuh redha Allah. Sementara pelajaran akan menentukan kedudukan kita sebagai muslim dimata masyarakat. Muslim berjaya bermakna deen islam ini juga berjaya.
Jika ada kemampuan, ibu bapa juga tidak menghalang. Saya rasa tak salah berkahwin ketika belajar. Kahwin ketika muda dapat menyelamatkan kita dari banyak perkara.
[Pelihara kesucian cinta, agar Allah mengurniakan kita cinta insan yang menyintaiNya. Dan kita saling menyintai keranaNya]
p/s: Tulisan ini hanya atas dasar perkongsian sahaja. Bukan saya minta anda yang sebaya saya atau lebih muda mempercepatkan proses perkahwinan. Saya hanya menceritakan pengalaman ini untuk yang sangat-sangat memerlukannya. Dan saya ingin anda yakin dengan janji Allah. Dan pls doakan kebahgiaan kami sekeluarga!
Wallahualam.
-copied-
- 0 comments
- Unlabelled
February 25, 2011 PURDAH tak pernah menghalangku.
purdah atau niqab tak pernah menghalangku untuk terus mencapai cita-cita..
berniqab tak pernah menyusahkan diriku
berniqab tak pernah membebankan diriku..
berniqab menjauhkan aku dari melakukan maksiat padaNya..
berniqab mengajar aku erti hidup sebenar..
menjaga diriku dari melanggar batas-batas syariat...
niqab mendidikku jadi seorang wanita..
yang sebetulnya wajib pelihara maruah diri..
mengajarku menjaga tingkahlaku...
mendidikku menjaga bait bicara..
mengajar cara untuk menghormati...
berdikari, lebih berani, yakin, tabah, sabar..
menyayangi dan mengasihi semua makhluk ciptaanNya..
niqab memudahkanku berkomunikasi dengan semua orang...
tanpa segan tanpa malu untuk bertegur sapa sesama muslim..
mengajar aku untuk selalu memaafkan semua org..
meringankan tangan membantu yang memerlukan..
mendekatkanku dengan akhwat-akhwat yang sama impian denganku..
mengajarku memberi salam pada semua walau tak pernah mengenali...
walau senyumku terselindung di balik kain itu..
namun senyumanku sering dibalas..
Allah... aku sangat menyenangi keadaan ini...
jangan pernah kata niqab ni menyusahkan si pemakai..
kamu tak alami apa yang kami alami..
mungkin itu hanya yang kamu nampak di luar...
'susahnya kamu nak makan'
'tak rimas ke pakai macam ni?'
'macam mana nak buat kerja pakai macam ni?'
NIQAB bukan penghalang..
hanya perlu yakin dan berani..
kamu boleh lakukan apa saja dengan izin dariNYA..
hidup ini indah bila semuanya meyakinkan..
YA ALLAH ISTIQAMAHKANLAH HATIKU..
walau ujian dan cabaran yang datang aku tetap dengan pendirianku..
bantulah hambamu ya ALLAH dalam meneruskan perjuangan islam ini..
amin ya rabbal a'lamin..
-Niqabi-
PS: insyaAllah.suatu hari, mungkin.dengan izinNya :)
- 1 comments
- Unlabelled
February 25, 2011 Hati tempat jatuhnya Pandangan Allah
Contoh situasi:
“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”
“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?”
“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”
“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”
“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”
“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”
“Hatipun ada dosa?”
“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.”
“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”
“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”
“Apa dosa hati?”
“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja[1]. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah[2] sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”
“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”
“Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah[3]. Padahal, baginda ma’sum dan saya tidak ma’sum.”
"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"
"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."
“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”
“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”
“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”
“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”
“Menguruskan fitrah?”
“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah[4] (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan denganzikrullah”
“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”
“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,”
“Apa bezanya?”
“Dari sudut impak, apa terjadi jika kita tarik rambut adik kita dengan anggap ia cuma dosa kecil?” saya membuat analogi.
“Biasa sahaja. Dia nangis. Ibupun marah kita,”
“Apa pula yang terjadi jika kita tarik rambut sultan dengan anggap ia dosa kecil?”
“Sultan mesti murka. Kita kena gantung universiti. Ditarik biasiswa. Dituduh tidak beradab dan banyak lagi,”.
“Jangan main-main dengan dosa kecil,”
“Apa nak risau? Dosa kecilkan terhapus dengan wudhuk,” katanya.
“Rasulullah SAW tidak mengajar kita meremehkan dosa kecil. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Baginda yang ma’sum banyak beristighfar. Lagipun, adakah wudhuk kita cukup diterima di sisi Allah? Solat kitapun, jika tidak lengkap rukun fi’li, qauli dan qalbi (perbuatan, kata-kata dan hati) belum tentu menghalang daripada perbuatan keji dan mungkar.”
"Hmm, rukun qalbi sering kita lupakan sedangkan amalan sebesar gunung boleh menjadi debu-debu berterbangan tanpa lurusnya hati."
“Jadi, persoalannya sekarang, bukan membesar-besarkan mana bab zina hati dan mana bukan. Tetapi, bertanya diri, bagaimana menjadikan rindu yang fitrah ini kekal sihat? Dengan terus melayan ingatan? Atau menyegarkan hati dengan zikrullah? Salahkah saya melazimi istighfar?” saya lontarkan lagi persoalan.
“Dalam bab couple, awak selalu berpesan supaya jaga hati. Bukankah ia fitrah. Besar sangatkah bab hati ini?”
“Ya, sudah tentu. Sebesar membaikkan seorang raja agar rakyatnya menjadi baik. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah[5] Fitrah boleh jadi fitnah..”
“Rasululullah SAW dulu sibuk bab politik dan negara, bukan bab remeh-temeh soal hati ini.”
“Islam itu syumul, merangkumi semua. Rasulullah SAW dulu berjaya mengubah masyarakat jahiliah kerana berjaya mengubah hati. Rasulullah SAW tidak terus mengubah ‘akibat penyakit’ seperti kegawatan ekonomi yang dimonopoli Yahudi, perang saudara, minum arak, bunuh anak perempuan dan sebagainya. Tapi baginda bermula dengan ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati. 13 tahun baginda fokus membina hubungan hati manusia dengan Allah. Menekankan akidah.“
“Kalau begitu, masalah couple yang banyak berlaku sebenarnya suatu ‘akibat penyakit’? Ia berpunca daripada ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati?”
“Jika awak memahami begitu, barulah awak akan memahami kenapa saya selalu berpesan jagalah hati. Bukan terus-terusan menganggap saya asyik menghukum diri dengan zina hati. Firman Allah yang bermaksud: “(Hari kiamat ialah) hari yang mana tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera. (Surah al-Syu’ara 26: 88-89)”
"Saya takut awak memayah-mayahkan Islam. Tidak ambil yang pertengahan."
"Awak berniat baik. Marilah kita saling membela mana yang benar dan saling melengkap mana yang kurang. Bukan saling menjatuhkan. Saya yakin awak tidak begitu. Awak pernah belek apa kata ketua ulama sedunia, global mufti berkenaan hukum bercinta sebelum menikah? Beliau terkenal mempromosikan fikrah pertengahan kepada dunia. Apa yang kita anggap memayah-mayahkan kadang kala itulah fikrah sebenar fikrah pertengahan."
Temui Apa kata Prof. syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang Bercinta Sebelum Menikah dalam SOLUSI terbaru, belum ada di pasaran.
[1] Sabda Rasulullah SAW, “Di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu ialah jantung (hati).” (HR Bukhari dan Muslim).
(3) Maksudnya: “Sesungguhnya tertutup hatiku, dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali.” (Hadis riwayat Muslim)
[4] “Allah merasa kagum kepada pemuda yang tiada padanya (sobwah), rindu yang cenderung kepada kebodohan.” (HR Ahmad).
[5] “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (HR Muslim).
- 0 comments
- Unlabelled
February 25, 2011 minta lah Fatwa dari hatimu.
Pesan Nabi, “Mintalah fatwa pada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hatimu gelisah. [H.R. Ahmad dan al-Darimi]
- 0 comments
- Unlabelled
Subscribe to:
Posts (Atom)